-->
Jelly Pages
Blogger Templates
skip to main | skip to sidebar
j-qaf Pendidikan Khas 2011
criar gif
criar gif

:: Assalamualaikum….Ahlan Wasahlan…Ya Marhaban ::

Thursday, 31 May 2012



KAEDAH AMALI SOLAT

Pengenalan

Buku Panduan ini bertujuan memberi penjelasan mengenai Pengajaran dan Pembelajaran Amali Solat yang akan dilaksanakan oleh Progam j-QAF di Pendidikan Khas.


Hasil Pembelajaran

Pada akhir modul ini, pelajar dapat:

1.    mengaplikasikan Buku Panduan Amali Solat j-QAF Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran;
  1. membuat agihan tugas berdasarkan Buku Panduan Amali Solat.

  1. kemahiran mengguna Buku Panduan Amali Solat sebagai bahan rujukan pelaksanaan  pengajaran dan pembelajaran.


Takrif

Model Pengajaran dan Pembelajaran Amali Solat adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dalam bilik darjah bagi memastikan murid-murid dapat mengambil wuduk dan menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara kelas yang melibatkan teori dan amali serta mengikut kesesuaian sesebuah sekolah.

Objektif

Setelah mengikuti Modul Amali Solat j-QAF di Pendidikan Khas, murid dapat:

1.    mengetahui anggota wuduk.
2.    melakukan perbuatan berwuduk.
3.    mengetahui bilangan rakaat solat fardhu.
4.    melakukan perlakuan dalam solat.
5.    menyebut dan membaca bacaan dalam solat.


Kumpulan Sasaran

Semua murid Pendidikan Khas yang beragama Islam sekolah rendah yang boleh menguasai kemahiran solat di Program Integrasi Pendidikan Khas dan Sekolah Pendidikan Khas.



Strategi Pelaksanaan

1.         Tempoh Pelaksanaan

            Murid Pendidikan Khas akan mengikuti aktiviti Modul Pengajaran dan Pembelajaran Amali Solat sepanjang tempoh mereka belajar di sekolah rendah.


2.         Pemilihan Murid

      i.        Pemilihan murid adalah berdasarkan kepada pemilihan murid yang boleh mengikuti Program j-QAF daripada setiap kelas. Jika terdapat 10 orang murid pihak sekolah perlu membuka 2 kelas untuk pelaksanaan program ini. Nisbah untuk satu kelas adalah antara 5-8 orang murid.
     ii.        Setiap sekolah yang terpilih bagi melaksanakan program ini disarankan membuka sekurang-kurang 3 kelas. Manakala guru j-QAF di Pendidikan Khas diberi masa mengajar sebanyak 18 hingga 24 waktu seminggu selama tempoh guru tersebut menjalani latihan.


3.         Peruntukan Waktu

            Pengajaran dan Pembelajaran berfokus kepada Modul P&P Amali Solat dengan peruntukan masa dua kali seminggu (Teori dan Amali).


4.         Proses Pengajaran dan Pembelajaran

       i.        Semua murid didedahkan dengan Modul P&P Amali Solat.
      ii.        Merekod setiap bacaan dan perlakuan setiap murid dalam Buku Rekod senarai semak pencapaian murid.
     iii.        Panduan proses P&P boleh dirujuk dari contoh Modul Pengajaran dan Pembelajaran Amali Solat.
     iv.        Murid yang tidak menguasai kemahiran hendaklah diulang sehingga dapat menguasai kemahiran amali dan teori.
      v.        Aktiviti-aktiviti pemulihan seperti kelas pemulihan perlu diadakan kepada murid yang tidak dapat menguasai kemahiran.


Agihan Tugas

1.         Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Khas, Penolong Pengarah Kurikulum, Ketua Unit Pendidikan Khas JPN, Pegawai j-QAF JPN dan Penyelia Pendidikan Khas PPD bertanggungjawab:

i- memastikan program j-QAF berjalan seperti yang dijadualkan.

2.         Guru Besar bertanggungjawab:

       i.        Mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan j-QAF.
      ii.        Memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.
     iii.        Memantau pelaksanaan program.
   iv.        Mengesahkan laporan pada akhir tahun yang dibuat oleh guru j-QAF di Pendidikan Khas dan dihantar ke JPN.

3.         Penyelaras Pendidikan Khas bertanggungjawab:

       i.        Bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah.
      ii.        Mengadakan mesyuarat dan perbincangan pelaksanaan program j-QAF.
     iii.        Menyelaras jadual waktu P&P Amali Solat.
     iv.        Mengagihkan murid-murid yang berkebolehan untuk mengikuti P&P Amali Solat.
      v.        Menggunakan tempat yang bersesuaian untuk melaksanakan amali solat.
     vi.       Bekerjasama dengan guru j-QAF Pendidikan Khas menyediakan keperluan program j-QAF.
    vii.        Menyemak laporan. (Lampiran 1, 2, 3, 4, 5, dan 6)

4.         Guru Pendidikan Islam bertanggungjawab:

      i.        Membimbing guru j-QAF Pendidikan Khas dalam p&p.
     ii.        Penyelarasan p&p dalam bilik darjah.
    iii.        Memastikan setiap murid dapat mengikuti p&p dengan baik dan kondusif.
   iv.        Bersama guru j-QAF Pendidikan Khas membuat pengesahan perlakuan wuduk dan solat setiap murid sebulan sekali dalam buku rekod catatan solat fardhu. (Lampiran 3 dan 6)

5.         Guru j-QAF Pendidikan Khas bertanggungjawab:

      i.        Bersama guru Pendidikan Islam membahagikan murid-murid kepada kelompok mengikut tahap penguasaan bacaan murid.
     ii.        Membantu dan membimbing murid secara individu.
    iii.        Mencatat bacaan/perlakuan wuduk dan solat murid dalam senarai semak pencapaian mengikut penguasaan masing-masing. (Lampiran 1,2, 4 dan 5)
   iv.        Mengenalpasti kelemahan murid dan membuat catatan dalam buku rekod mengajar.
    v.        Memastikan murid dapat menguasai kemahiran teori dan amali.


Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran

Model ini menekankan penguasaan teori dan amali. Kaedah ini dilaksanakan melalui proses berikut:

1.         Murid mendengar penerangan guru.
2.         Murid membaca dengan bimbingan guru Pendidikan Islam dan guru j-QAF.
3.         Murid melakukan perbuatan dan bacaan dalam wuduk.
4.         Murid melakukan perbuatan dan bacaan dalam solat.
5.         Guru perlu menunjukcara perbuatan dan perlakuan.

Penilaian

Penilaian ringkas perlu dilakukan secara harian dan mingguan kepada murid bagi mengesahkan murid tersebut benar-benar menguasai dan mengingati bacaan dan perbuatan wuduk dan solat yang direkodkan oleh guru Pendidikan Islam dan guru j-QAF di Pendidikan Khas. Penilaian secara menyeluruh hendaklah dilakukan pada akhir tahun bagi menentukan tahap pencapaian penguasaan setiap invidu. Penilaian ini hendaklah berdasarkan kepada kemampuan bacaan dan perlakuan wuduk dan solat. Guru perlu mengambilkira keupayaan murid Pendidikan Khas tidak sama di antara satu sama lain.

Posted by Unknown at 05:03 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: AMALI SOLAT

Wednesday, 30 May 2012



::HEAVEN'S Very Special Child::

His progress may be very slow,
Accomplishments he may not show.
And he'll require extra care
From the folks he meets down there.

He may not run or laugh or play,
His thoughts may seem quite far away,
In many ways he won't adapt,
And he'll be known as handicapped.

So let's be careful where he's sent,
We want his life to be content.
Please GOD, find the parents who
Will do a special job for you.

They will not realize right away
The leading role they're asked to play,
But with this child sent from above
Comes stronger faith and richer love.

And soon they'll know the privilege given
In caring for their gift from Heaven.
Their precious charge, so meek and mild,
Is HEAVEN'S VERY SPECIAL CHILD.
Posted by Unknown at 09:58 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: KOLEKSI SAJAK




God’s Special Child

Im sending you a special child,
To cherish in my name,
For you to love with all your heart,
And teach him just the same.

For he is not like other babies,
Not will ever be,
But you can love him just the same,
And take care of him for me.

He needs to learn the skills of life,
For that I’ve chosen you,
And with your love to guide him,
I know you’ll see him through.

Don’t try to see future,
I promise that to none,
Just live each day for all its.
Posted by Unknown at 09:51 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: KOLEKSI SAJAK
MARI BERSOLAT


Posted by Unknown at 09:21 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Jom Rehatkan Minda
Newer Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

Masa Itu Emas

Aktiviti

  • AMALI SOLAT (1)

Muat Tuirun Bahan Cikgu

  • Senarai Semak Amali Solat
  • Agihan Tajuk

Blog Archive

  • ▼  2012 (5)
    • ►  June (1)
    • ▼  May (4)
      • KAEDAH AMALI SOLAT Pengenalan Buku Panduan ini...
      • ::HEAVEN'S Very Special Child:: His progress may...
      • God’s Special Child Im sending you a special c...
      • MARI BERSOLAT

About us

Unknown
View my complete profile

click to create your own

Pautan

  • Jom Baca al-Quraan
  • Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Kamus Arab-English
  • Kisah-Kisah Nabi
  • Ensiklopedia Hadis
  • Hadis Nabawi
  • Al-Quraan & Terjemahan
  • Utusan Malaysia
Selamat Datang...Ahlan Wasahlan...

BLOGGER

  • UMMUL BANAT
    Untuk anak-anak muda
    11 years ago
  • MaHaBBaH FiLLaH
    MemOry PIPK CoMey bersama Pensyarah IPGKPM
    13 years ago
  • PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN KHAS
    PSIKOLOGI
    13 years ago
  • .
    13 years ago
  • pro2gurl
    Aktiviti Pengakap Pendidikan Khas
    13 years ago
  • :: BiLa 친구 MeNuLiS ::
    j-Qaf Pendidikan Khas KPM
    13 years ago
  • Pencarian Ilmu Bermula...
    PENDIDIKAN KHAS
    13 years ago

Pssst...Traffic

Powered by Blogger.
 

Solat Tiang Itu Tiang Agama




Gratisan Musik

Followers

IQRA'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free hits counter
free hits counter